Thursday, January 13, 2011

Kisah Aku & Dia

Episod 1

Dia bukan nama sebenar adalah orang pertama yang telah mengubah hidupku..Dulu aku seorang yang kurang menitik beratkan soal agama, tidak menjaga solat, selalu meninggalkan solat, kurang membaca al-Quran & Surah Yasin, tidak mengamalkan doa harian, maksiat dan byk melakukan dosa2 kecil & besar..Walaupun aku nampak baik (pemalu, pendiam, soft-spoken) tetapi aku juga byk melakukan dosa yg sengaja & tidak disengajakan..semasa aku mengalami kemalangan (Dec'2008) sehingga kaki ku patah & lutut (PCL) yang memaksa aku meninggalkan rutin harian bersukan aku utk tempoh yg lama, membuatkan aku bertaubat dan ingin kembali ke jalan-Nya. Allah telah murka dgn ku..mgkin ini balasan atas kesalahan ku..Aku tidak sedar selama aku bercouple dgn perempuan2 itu aku telah byk melakukan dosa besar. Aku menyentuh tgn prempuan yg bukan muhrim,berdua2 an, berpelukan, dll..Astaga..drp aku org kampung yg bersih drp maksiat bila dtg ke bandar aku berubah..iman aku xkuat..start tahun 2004 part 4 diploma masa tu 1st time aku couple dlm hidup..aku dh pegang tgn prempuan..mgkin aku ingin mencuba..bila digoda prempuan aku hanyut..nasib baik aku couple hanya sebulan..then putus..pstu 2005 aku main2 cinta ngan 2 org perempuan..sebelum bertambah serius aku ckp kt perempuan tu aku xleh nk couple ngn mereka..aku leh anggap kwn n adik je..mereka menangis sbb aku..aku tekadkan diri xnk couple main2 dh lepas nie..aku nk cari yg betul2 leh jadi isteri..lame aku single..2 tahun lepas tu aku berjumpa dengan seorang prempuan..F bkn name sebenar..aku mmg nk serius dgn F..2 tahun gak kami couple..F nie ade ciri wanita yg aku idamkan tp iman aku dan dia x kuat..selama 2 thn aku & F sesat termakan hasutan syaitan..Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunilah dosa2 hamba mu ini Ya Allah..kuatkanlah iman ku ini Ya Allah..pelihara lah hamba mu ini drp melakukan dosa2 kecil & besar..jauhkanlah hamba mu ini drp kesesatan dan hasutan syaitan..bimbing lah aku ke jalan yg diredhai oleh mu Ya Allah..aku telah ditinggalkan oleh F sebulan lepas kemalangan..F dah xnk terima aku lagi..aku bersyukur kerana aku dijauhkan drp maksiat dan dosa..hari2 aku doa supaya aku kuat utk hadapi semua ini..aku igt dh xnk bercinta lagi..aku nk bercinta lepas kahwin..aku single hampir dua tahun selepas putus dgn F..

Episod 2

Puas aku mencari ke sana ke sini, ber facebook, ber sms, minta tolong kawan2 tak juga menemui wanita yg diidam2 kan..aku mmg memilih sejak ptus cinta kali kedua..ade jgk prempuan yg offer nk jd girlfren aku tp aku xnk..bkn demand tp kahwin nie sekali seumur hidup..kena cari yg betul2..bkn sehari dua boleh buat keputusan..emak n makcik pn nk kenalkan aku dgn anak kwn dia..tp aku xnk sbb aku nk cari sendiri..aku nk cari wanita yg ade agama, jaga solat, solehah, rajin, & boleh masak..pada bln Nov 2010 pertama kalinya aku bertemu si dia..masa tu aku bekerja di Majlis Paralimpik Malaysia dan menganjurkan Sukan Paralimpiad XV Melaka 2010..Dia sukarelawan yg dipinjamkan drp UiTM Melaka..time tu aku incharge utk sukarelawan..jd ramai la yg berjumpa & berhubung dgn ku..90% prempuan..ramai gak peminat mase tu..haha..tp masing2 muda lg bwh 20 thn..aku xnk la..tp si dia ni 23 tahun(matang+sweet+cantik)..dia start call aku sehari sebelum Sukan Paralimpiad Melaka start..tp aku xlayan sbb sibuk sgt time tu..xdpt nk angkat beratus call n mmbalas semua sms..maaflah kpd sukarelawan yg xdilayan..mlm tu aku kol blk si dia sbb dia nk mtk tlg ssuatu dan aku nk bg borang kehadiran sukarelawan di bwhnya..dan esoknye kami berjumpa di Kompleks Belia & Sukan Ayer Keroh..pagi tu kami bertemu di dewan futsal..1st time jumpe..nervous gak sbb aku segan n malu ngn pmpuan yg xknal..aku blum ade prasaan suke lg kt dia..lgpun mse tu aku xsuke dia sbb dia pakai lens hijau kt mata..prempuan xbaik nie "dlm fikiran aku"..sbb kt kmpung aku xpenah jmpe org pkai lens..yg aku tahu org pkai lense nie xbaik orgnya sbb slalu jmpe prmpuan pkai lens kaler2 sume xbaik...kami berckp sekejap lgpun dua2 pemalu..dan aku tunjukkan tmpt mengambil t-shirt sukarelawan..pstu kami xjmpe lg..then 3hari selepas tu aku ke venue goalball tmpt die bertugas..nmpak si dia tgh sibuk..tak tegur pn..then mase mlm pnutup aku berjumpa dia lg dan kwn2 nya di padang stadium..time tu aku tgh rajin bergambar ngn semua atlet n sukarelawan..jmpela si Dia nie..aku pn mtk izin nk brgambar same..dia pn ok..pstu aku mtkla FB dia sbb nk tag gmbar tu dlm fb dia..xsangka lak pas dia approve aku dlm fb, kami makin rapat..2 kali je jumpa dia di Hulu Langat dan Bukit Tabur Melawati..time tu aku bwk dia buat aktiviti outdoor..Dia bwk kwn2 nya..aku suka perhatikan dia..drp tingkah laku, pakaian dan sebagainya..aku pn mula jatuh hati..dlm 2-3 mggu knal aku trus melamar dia thru mesej sbb aku xgentle..nk ckp dpn2 or dlm phone takut..1st time aku luahkan isi hati kt prempuan sbb sebelum nie prempuan yg offer aku jd boyfren mereka..dia pn setuju..20/12/2010 aku dan dia rasmi mnjadi teman rapat..selama berkawan dgn dia, byk aku luahkan background hidupku yg buruk itu, aku bukan lelaki yg soleh, bertaqwa, beriman, pandai mengaji al-Quran, yg jaga solat, yg baik spt yg dia idam2kan..aku berterus terang kekurangan ku..aku mmg x layak utk dia.. tetapi dia menerima aku seadanya..dia mmberitahu aku, dia takkan dpt semua yg dia nak..dia pn bkn perfect..aku bersyukur kerana ada prempuan yg sanggup menerima diri aku yg lemah ini..dia telah byk membimbing aku drp kesesatan kpd jalan Allah swt..dia selalu mengambil berat psl solat ku dan meminta aku mengaji al-Quran 15min sehari..dia juga membelikan aku buku2 agama utk aku membaca dan mengamalkannya..selama kami berkawan aku xpenah pegang tgn dia kerana dia xhalal lg utk ku..byk nasihat yg dia berikan padaku..byk ilmu agama yg aku belajar darinya..aku berubah bkn kerana dia tetapi kerana Allah swt..dia pembimbing aku ke jalan Allah..mungkin Allah anugerahkan dia utk aku supaya aku tidak terus sesat di dunia yg sementara ini..Allah sayangkan makhluk2-Nya..byk hikmah drp kemalangan yg aku hadapi sehingga mengubah diriku ini..doakan semoga kami dipermudahkan utk bernikah, dapat anak yg soleh & solehah dan semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat..

sekian..

Tuesday, January 19, 2010

My New Business...!!!

As'alaikum.....hi everyone.I have not been updated my blog for a long time....Now for your information,I have just open a "satay" & "Nasi Lemak" stall just last week......The location of my stall is at Alam Damai,Cheras.My stall opened from 5.00pm till 11.00pm daily.This business is a join venture with my cousin.Please come to my marvelous "satay" & "nasi lemak" stall at the time stated above. We also taking orders for party,birthday etc.

Friday, November 13, 2009

NOGORI monang, CHELSEA champion..

NOGORI vs KELATE
......3..........1

CHELSEA vs MAN utd
......1..........0


Post ini khas utk penyokong2 fanatik Kelate (Abe) dan MU (Boy,Apizz,Katik,Mus,Kak Pah & sesiapa yg berkenaan)..

Thursday, October 1, 2009

5hari lagi ke Dewan Bedah..

Khamis,1/10/09- hari ni saya ke Hospital Pakar Seremban utk berjumpa Dr.Wan Hazmy Che Hon.. die adalah pakar bedah sendi dan tulang.. mmg berdebar jumpa die.. saya takut kalau2 die ckp kecederaan saya terlalu serius dan saya tak leh nk aktif mcm dulu lagi..tapi setelah memeriksa keaadan kaki saya die ckp peluang saya utk sembuh hanya 85% shj.. risiko pmbedahan pn tinggi.. mcm2 perkara yg tak diingini boleh berlaku.. saya mengalami kecederaan posterior cruciate ligament(PCL).. ini disebabkan oleh kemalangan yg menimpa saya dulu.. ligamen depan, belakang, dan tepi lutut telah koyak/putus.. so, lutut saya skang sgt longgar dan tak stabil.. kos pembedahan agak mahal dlm rm15,000-rm20,000.. jadi skang saya sedang berusaha sedaya upaya utk mencari duit utk membiayai pembedahan.. tak senang duduk dibuatnya.. mane taknye berbelas2 ribu nk cari..kalau sikit takpe.. tarikh pembedahan telah pun ditetapkan iaitu hari Selasa 6/10/09 (petang).. selain itu, doktor juga akan membedah tmpat kaki saya yg patah dulu utk mengeluarkan besi yg ade di dlm tulang saya.. kalau ade rezeki dapatlah saya menjalani pembedahan ini.. saya berharap agar rakan2, pensyarah atau sapa2 yg mengenali diri saya mendoakan saya berjaya dalam pembedahan ini dan semoga saya cepat sembuh.. sesiapa yg ingin melawat bolehlah mghantar sms dulu.. insyaallah saya akan balas.. saya mgkin 2-3hari dlm wad..sekian..wassalam..



Monday, September 28, 2009

JANGAN TiRU aKSi iNi..!!

Sehari sebelum raye, sedare2, anak2 buah semua suruh aku buat meriam buluh.. maklumlah dah 7thn kampung aku menyepi tanpa dentuman meriam buluh.. ini semua gara2 jiran sebelah rumah yg tidak punya perasaan.. mase tu kami baru lepas SPM.. ade ke die repot polis kami main meriam buluh.. bukan main hari2.. setahun sekali.. dahla kami main jauh kt hujung kampung sbb kami taknak ganggu jiran2.. aku ingat lagi, mase polis dtg serbu kami tak lari pun.. time tu gelap dlm kul 8mlm.. kami tak nmpak pn sape yg dtg.. sedang asyik bakar meriam tetibe 2org polis mendekati kami.. pkcik polis pn berkata "Ooo..ini keje korg ye, takde keje lain ke.." kami cuba merayu tapi polis 2 suruh kami angkat sume meriam yg ade kt situ bwk kt kete die.. abislah, mlm ni tido lokaplah nampaknya.. polis 2 mtk kami tulis mklumat diri dlm bukunya.. kami tak henti2 merayu mtk maaf.. jiran yg merepot 2 ade je kt situ mengapi-apikan pkcik polis.. tangkap je dorg ni.. mengganggu anak2 kami nak tido.. mereka mentertawakan kami.. hahaahaaha.. then, pkcik polis bagi kapak suruh kami pecahkan sume meriam kami.. selesai je, pkcik polis pn balik.. alhamdulillah kami takde ape2.. tapi yg menyakitkan hati kenapa jiran yg selalu mtk pertolongan drp keluarga kami bile mereka susah sanggup berbuat begini pada kami.. bile takde duit dorg dtg rumah kami pnjam duit, bile sakit dorg dtg rumah kami mtk ubat, bile takde makanan dorg dtg rumah kami mtk sedikit makanan.. kami igt sume tu.. tapi tkpelah, biar org buat kite jgn kite buat org.. bberapa hari kmudian kecoh 1 kmpung mengatakan hal kami kene tgkap polis.. 1 kmpung tak puas hati knapa jiran yg tak brhati perut tu repot polis.. sedangkan berpuluh2 tahun kampung kami main meriam buluh tkde pn org kesah.. lainlah kalau mencuri ke mmg patutlah buat repot.. Apepun, raye tahun nie aku tak peduli itu sume, aku buat jgk meriam buluh walaupun kaki masih belum sembuh lagi.. Mmg seronok, depan rumah je aku bakar meriam.. takde pulak org nak repot polis.. tercapai jugak impian ku..

12


34

56


Gambar 1: john berposing di celah2 pohon buluh..
Gambar 2: kelihatan john sedang tekun menggergaji buluh..
Gambar 3: 2 laras meriam telah berjaya disiapkan hanya menunggu masa utk diletupkan..
Gambar 4: nampaknya john tidak sabar utk merasmikan meriam buatan sendiri (test power)
Gambar 5: ini dia mlm raye..kami berperang dgn kampung sebelah..
Gambar 6: po00oMM..!!bergema satu kampung..

kampungku yg INDAH..

1 2

34


Gambar 1: permandangan indah di kampung..
Gambar 2: sepupu (ieQa)
Gambar3: di belakang kami ini adalah sungai yg suatu ketika dulu menjadi laluan hang tuah
dari Melaka melalui N.sEmbilan utk ke Pahang..
Gambar4: ampang bangkong yg mengalirkan air ke kawasan sawah padi di sekitarnya..

Thursday, September 24, 2009

merempit di hari raya..


ajiq(sepupu), john, alya(anak buah)..


ini dia..geng2 merempit..vespa vs. honda..


prot..pot..pot..!!bunyi moto vespa atokku..


sempat berposing walaupun moto sedang bergerak..



alamak..!!ada orang nk potong..laju sikit abg john..



cicir jauh honda wave kami tinggalkan..
tengoklah sapa rider..john rossi kaki besi..


tak bleh jadi ni..2org minah rempit cuba memberi saingan..
mcm kenal je motor nie..motor yg aku accident dulu..haha.


akhirnya..kamilah pemenangnya..vespa no.1..
honda lingkup..

Sunday, September 20, 2009

main MeRiAM bULUh..


AKSI sEORANG pembakar meriam buluh...POOM!!

raya pertama, kuala Pilah-seorang lelaki berusia lingkungan 25thn telah mengundang kemarahan penduduk2 di kampungya apabila dia membakar meriam buluh pada pukul 4.30pagi..dengan kakinya masih belum sembuh tetapi dia tetap meneruskan niat baiknya untuk mengejutkan jiran2 bersahur walaupun sebenarnya bulan puasa sudah berakhir semalam..7tahun lepas memang die penah kene tangkap polis sebab main meriam buluh..inilah dunia..sakit2 pun masih tak nak insaf..hihi..

BerBuka+BowLing+Berjalan+BerSahur..


berbuka bersama pelajar SR221/03
di dataran shah alam..


main bowling di PAS..


CUTI2 mALAYSIA, Tg.Harapan,
Port klang..


ajoi & zara sedang menikmati keindahan
pantai port klang..


enjoy nyer mereka..


besahur di restoran candle light dinner..


singgah bergambar di UiTM,
kampus pUNcak Alam.

Monday, September 14, 2009

Makan angin di Bukit Ampang..


Kuala Lumpur di waktu malam..


posing baik punyer atas menara pandang bkt ampang..
madie, kak pah, john, zahra n aida..


singgah makan di Asia Cafe, Hulu Langat..


Kak Pah menyanyikan lagu "without you"


ajoi n zahra berduet lagu "paling comel"


shah alam..sabtu, 12sept09-pas je g majlis berbuka teamtact, Aida n kawan2 plan nk p jalan2..saya n ajoi terus je cadang g Bukit Ampang nk tgk KL pada waktu malam..pastu ajoi nk terus balik kampung.. ktorg konvoi satu motor satu kereta..saya bawa motor,ajoi n kwn2 naik kereta..main redah je mcm tau jalan...saya ckp kt ajoi, kita lalu cheras je senang..tak jam..tapi sampai cheras ajoi dah salah jalan puas saya tunggu kat Tol Batu 9..rupanya diorg masuk jalan KL..tunggu punya tunggu Kak Pah call nak join sekali..ajoi ikut ampang, saya ikut hulu langat..jadi berjumpalah kitorg di menara pandang bukit ampang..memang seronok di atas menara..terpegun melihat sUasana malam KL..then, kami g makan sambil berkaraoke kt area hulu langat..best sgt tempat kak pah bawa kami..tempat 2 mmg privacy hanya ada kami je..siap ada pentas dgn lampu liplap sekali..enjoyyyy..!!

Tuesday, September 1, 2009

Tragedi 13 Disember 2008..


keadaan muka yg dh tk ensem..berparut..nyaris2 nk kene tahi lalatku yg mahal.


nie tangan saya, luka2 kecil je..



nielah katil tempatku tido,mkn,buang air,ehem2..tk trdaya nk bgun..

sempat lagi berposing walaupun sedang sakit.."peace,no war"


haa,kakiku ditembuk dgn besi..mcm area tv..kalau smbung kt tv dpt kot tv1,2,3,8,ntv7..



masa operate aku dibius separuh bdn.jadi,aku dpt tgk dr awal smpai abis dktor belah,tembuk,ketuk,smbungkan tulang kakiku yg hncur n patah..mencurah2 darah keluar..



cerita penuh: 1hari sebelum kjadian(12/12/08) hari Jumaat, aku temankan kwn baikku interview kt INTAN, Terengganu..pastu terus balikKLl..tgahari esoknya (13/12/08) hari Sabtu, aku ambil motor di rumah abg dan terus balik kampung sbb nenek suruh balik dia rindukan cucu kesayangan dia ni.sampai di kampung dapat berita buruk nenekku msuk wad..jadi aku tlg kemaskan baju2 nenekku,ubat2,makanan kesukaannya dan bwk ke hospital k.pilah..sampai di hospital aku sempat borak2 ngn nenek..sakitnya tk berapa teruk..jadi ptg 2 aku balik rmh sbb aku dah jnji nk jmpe dgn girlfrenku nk bagi die hadiah hari jadi..sampai je d rmh aku demam,pening kepala,bdn jd lemah..pastu mak bagi aku pnadol tp tk jgk ok..dek trlampau sygkan girlfren yg dh 5thn aku knal ni aku paksa jgk bdn ku yg lemah nie,aku dayakan bwk motor..pas je solat mgrib aku terus naik motor ke Melaka utk jmpe girlfren ku nie yg mgambil masa 2jam prjalanan..walaupun hujan tapi aku redah je demi dia..smpai d banda A.Gajah aku bhenti isi minyak..then teruskan perjalanan..tepat jam 9.00 mlm,tiba2 masa menurun bukit mataku mcm dirabunkan..yg aku dgr hanya bunyi enjin motorku..dlm 5 saat pastu aku sedar dan terus melanggar belakang kereta..tak sempat nk brek..mmg jauh aku terpelanting,berguling2..sedar2 je kakiku mcm dh putus..tulang kakiku terkeluar,kakiku berlubang dan darah mencurah2 mmbasahi jalan..orang ramai tak berani nk mndekatiku..mereka kol ambulan..bersambung..


cerita 2: aku dihantar ke hospital a.gajah mulanya.tp dipindahkan ke hospital melaka sbb keadaan kakiku yg sgt teruk..doktor ckp tulang kakiku perlu dipotong sedikit..Ya Allah,aku menjerit2 kesakitan..kakiku ditarik utk diluruskan.mmg perit nk kuar kencing..seluarku digunting dr bwh hingga ats ke seluar dlm..dh tkde rasa malu ketika tu..bila masuk wad aku tak dpt tido..menjerit sampai pagi..tkde sapa yg jaga aku ketika tu..mak jaga nenek kt hospital k.pilah..nasib baik ade shariman yg kebetulan ade di sana..dialah yg byk menolong aku..tapi girfrenku dtg tgk aku sekejap je..aku tk kesah..esok tgahari aku telah dibedah dan kakiku dimasukkan besi..selepas dibedah mak dtg melawatku di wad hanya 2minit.dia menangis2 melihat aku.selepas mencium aku dia terus ke hospital k.pilah kerana nenekku sakit teruk..bila hari mlm aku diberitahu yg nenek kesayanganku meninggal dunia.aku menangis bagai nk gila..nk pegi melihat arwah tak dpt..jadi aku hanya sedekahkan al-fatihah shj utk nenek..semoga arwah di tempatkan di dalam golongan org yg beriman..arwahlah yg telah mendidik aku,mengajar sehingga aku jadi manusia dan pandai memasak..selepas seminggu aku dibenarkan balik ke rmh..aku berkerusi roda.tak larat nk brtongkat..girlfrenku hanya sekali dtg melawatku di rumah..tapi yang paling menyedihkan dia jarang call atau mesej tanyakan khabar aku selama aku berada di rumah..makin hari makin menghilang..aku dapat rasakan ada yg tak kena dengannya..mmg tepat agakkan ku..sebulan kemudian dia mintak putus..aku tanya dia kenapa nk putus?apa salah saya?DIA CKP BUKAN SBB ADA LAKI LAIN TAPI SBB DIA DAH TAK NAK AKU, DIA TAKLEH TERIMA AKU DAN DIA TAK NAK ADA HUBUNGAN DGN AKU LAGI..mungkin kerana malu atau pangkat besar yg dia ada atau mungkin aku tak sesuai baginya..entahlah..puas aku pujuk tapi gagal..menitis air mataku..sampai hati dia tinggalkan aku time aku tgh sakit dan besi masih di kaki..dia TAKDE PUN rasa bersalah padahal aku xcident sbb nak pegi jumpe die,nak celebrate birthday die..masa tu hujan tp aku redah je..biarlah basah..hmm, inilah dunia..susah nk cari teman hidup yg sejati..walaupun dah 5 tahun kenal dan dh kenal ati budi masing2 tapi sekelip mata manusia boleh berubah..mungkin ade hikmah disebaliknya..mulanya, mmg aku dah patah semangat..berbulan2 aku kuatkan semangat utk bangkit semula..alhamdulillah,aku telah menjadi diriku kembali..aku dah pn maafkan dia..aku tak suka simpan dendam dgn org..aku tak kesah..aku masih ada keluarga dan kawan2 yg sentiasa menyayangi aku..terima kasih semua..love u all..

Thursday, October 23, 2008

KENE BALING TEPUNG..!!



PADA 19 oct 2008 nURul adZimah @ Angah telah berjaya ditawan di luar court netbal Pusat Sukan..ptg tu kami ahli persatuan PERLU mengadakan aktiviti adhoc spt futsal, netbal & sukan terbaru yg dicipta oleh kami basnetBALL(basketball+netball)..basnetball nie mmg meriah..sape yg dtg je tau cmne game ini dimainkan..ok berbalik pada cerita tepung..abis je game dlm kul 6.30ptg suspek yg dikehendaki mcm tau2 yg ktorg nie nk kenekan die..tp kami relax je mcm xde ape yg berlaku..pastu en.shawn kumpulkan kami semua utk mencerikan program mkn2 di pdg jawa..dlm asyik mendengar syarahan shawn, angah xsedar yg die telah dikepung..ape lagi..??kene baling tepunglah..sekali setahun..sabar ek angah..sori xsempat nk beli kek..HePy Belated BesDay..!!

SuRvey AGM+GATHERiNG PERLU '08..



















PADA 18 oct 2008 (sabtu) kami berempat iaitu john, apiz, T & atiq telah survey ke bbrp resort yg terdapat di sekitar daerah Hulu Selangor..kami bertolak dari s.alam pkul11.30pg dan balik 6.30 ptg.. lebih kurang 6 resort sempat kami survey antaranya riverstone resort, ulu yam wood, rock resort, amberstone resort,uk resort,kg peretak, & kalumpang resort..syukur Alhamdulillah, semua yg dirancang berjalan lancar..cuma kami tersesat dan hmpir smpai ke bkt Fraser..diharapkan semua ahli, alumni & Penasihat PERLU dapat menghadiri program agm+gathering yg akan diadakan pada 20-22 nov 2008 ini di KALUMPANG RESORT.. rugi sgt sape yg x pegi sbb tempat tu mmg 1st class. . klu dh msuk resort tu anda rase mcm berada di negara Jepun..semoga program ini berlangsung dgn jayanya..sekian, terima kasih..